Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni korang buat apa? Aten semestinya melawati beribuuuu laman web untuk window shopping. Yelaa, dah tak boleh pergi shopping mall kann. Macam ni je la cara untuk mengubat hati yang lara tak dapat keluar rumah. Memandangkan PKP ni pun macam kena extend je lagi, Aten decide untuk beli persiapan puasa dan raya online je.
Dalam banyak-banyak laman web yang Aten tengok, Aten tertarik dengan laman web Shera Lee. Koleksi baru raya dorang : Summer Raya 2020 Shera Lee. Website Shera Lee sangat straight to the point dan user friendly. Senang nak tengok dan cuci mata by collection yang dorang ada.
Koleksi Summer Raya baru Shera Lee ni bagi Aten sangat unik dan lain dari lain. Kira macam ada aura dorang sendiri lah. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin tampil berani dan elegan macam Aten dan sesuai untuk semua peringkat umur. Koleksi kali ini menampilkan 4 variasi yang boleh dipilih dengan 13 rona warna yang menarik. Kombinasi warna pun just nice complement to each other.
Koleksi Summer Raya baru Shera Lee ni bagi Aten sangat unik dan lain dari lain. Kira macam ada aura dorang sendiri lah. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin tampil berani dan elegan macam Aten dan sesuai untuk semua peringkat umur. Koleksi kali ini menampilkan 4 variasi yang boleh dipilih dengan 13 rona warna yang menarik. Kombinasi warna pun just nice complement to each other.
Bila dapat parcel dari Shera Lee, tengok packaging dorang ni rasa macam dapat hadiah pulak. Hehehe. Pandai team Shera Lee ambik hati Aten. Tudung-tudung ni pun dorang wrap elok-elok guna bubble wrap so takde kemik2. Tengok la kotak tu cantik kannn. Ada 3 tudung dengan 2 anak tudung.
Fallen Sakura in Winter Teal
Nampak takkk hint baju raya Aten warna apa tahun ni? Hahahha
Warna teal ni biru kehijauan warna dia. Aten pulak memang suka dengan bunga sakura. Nak pergi negara yang ada bunga sakura tak sempat lagi. Pakai tudung yang ada bunga sakura pun jadi lah. Hahahah. Material tudung koleksi Summer Raya ni Satin Matte. Kain dia nampak macam licin tapi tak licin sangat. Sebab matte kan. And suprisingly, senang gila nak pakai dan bentukkan tudung ni. Sesuai sangat dengan bentuk muka Aten yang bulat ni. Hahahah. Yang penting, tudung ni ringan gilerr rasa macam tak pakai tudung and bidang besar. So, boleh gayakan macam-macam style dan menutup dada.
Satin Matte in Fossil Grey
Satin Matte in Walnut
Ni pulak Shera Lee Basics Shawl. Sangat lembut material dia. Senang gila nak bentuk. Kalau ada sesiapa yang tak suka shawl yang corak-corak, korang boleh dapatkan yang basic punya. Warna dia cantik-cantik dan nampak elegan bila pakai. Sesuai sangat pakai untuk pergi event ataupun bekerja di ofis. Yang penting tak nipis, ringan dan tak panas pun bila pakai shawl ni.
Viscose in Army Green and Dusty Periwinkle
My first impression bila pakai anak tudung ni...wehhh lembut gilaaaaa material snowcaps ni! Macam tak pakai anak tudung. Ringan gila! Memang sangat selesa. Aten pakai pin kat belakang anak tudung ni sebab Aten lagi selesa anak tudung tu ketat. Lain orang lain cara pakai kan. Hehehe.
DISKAUN CODE : SUMMER2020
Kempen Summer Raya ni telah dilancarkan pada 20 March 2020 dan di atas sambutan yang sangat menggalakkan, pihak Shera Lee melanjutkan tempoh untuk tebus KOD DISKAUN yang akan tamat pada pertengahan April. Korang akan dapat jimat sehingga RM38 bila korang beli 2 helai tudung dengan harga RM160 dan penghantaran adalah percuma (Semenanjung Malaysia saja) Untuk maklumat lanjut mengenai Summer Raya 2020 Shera Lee, korang boleh tengok media sosial dorang okay kat bawah ni :
Address : GP3.03, 3rd Floor Treehouse Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor