MILO, minuman rasmi malt coklat untuk Kuala Lumpur 2017, mengukuhkan lagi sokongan untuk Sukan SEA ke 29 dan Sukan Para ASEAN ke 9 dalam satu upacara Larian Obor Kuala Lumpur (KL) 2017 di Nestlé (Malaysia) Berhad, Mutiara Damansara. Larian Obor yang ikonik ini menyusuli pelancaran kempen MILO #BersatuKitaTeguh yang dilancarkan baru-baru ini.
Larian Obor ini telah berlangsung di seluruh Malaysia sejak bulan Mei 2017 sebelum upacaranya di Nestlé Malaysia. Ini merupakan salah satu hentian terakhir sebelum destinasi terakhir di upacara pembukaan KL2017 pada 19 Ogos 2017.
Upacara ini adalah deklarasi komitmen sukan dan sokongan daripada MILO yang berterusan serta bertujuan untuk menunjukkan semangat perpaduan yang diwakili oleh para pelari yang membawa obor. Obor ini dibawa oleh individu-individu yang memainkan peranan penting dalam perkembangan MILO dan sukan di Malaysia, daripada pekerja yang telah lama berkhidmat, hinggalah kepada wira-wira sukan Malaysia dari pelbagai lapisan.
“Api obor yang membara adalah simbol semangat kami terhadap sukan, dan kami mengajak seluruh negara untuk sama-sama memberi semangat kepada atlet-atlet kita yang akan bertanding di KL 2017 yang akan datang. Larian ini juga disertai oleh individu-individu yang telah membantu menjayakan MILO sebagai suatu jenama minuman yang bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia tetapi juga telah melahirkan generasi juara sejak dari dulu lagi.,” kata Cik Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia.
Upacara Larian Obor ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap sumbangan MILO dalam memperjuangkan perkembangan sukan selama lebih 60 tahun melalui kerjasama dan usaha-usaha seperti MSSM. Ia menyediakan pentas untuk golongan muda mencari potensi sukan mereka, mengasah bakat dan keupayaan, sambil mempelajari tentang nilai- nilai sukan seperti kerjasama, ketabahan dan perpaduan.
Sejajar dengan pelancaran kempen Milo iaitu #BersatuKitaTeguh baru-baru ni, orang ramai juga berpeluang melihat dekorasi unik Milo di dalam stesen MRT Mutiara Damansara.
Menarik kan? Jangan lupa ambil peluang ini dan bergambar di dinding yang disediakan dan muat naik di media sosial korang!
MILO memberi inspirasi untuk seluruh negara supaya bersama-sama menyokong olahragawan dan olahragawati kita di KL 2017 dengan mesej-mesej positif dan kata-kata semangat untuk membantu mereka memberikan persembahan terbaik. Para peminat dan penyokong ahli sukan negara boleh memberikan sokongan mereka melalui media sosial Instagram dan Twitter dengan #BersatuKitaTeguh atau #StrongerTogether.